Hi/Assalamualaikum girls and boys. welcome guys. today , just nak update pasal ni. kalau rase nak bace , bace la. kalau taknak pun its okay *especially for the boys :)
Pernahkah awak tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki?
Mungkin sebab awak sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis.
Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai awak.
Dia mula merendahkan egonya untuk awak semata-mata kerana awak.
Apabia dia menangis di hadapan awak,
Apabila dia menangis kerana awak,
Pandanglah matanya.
Bolehkan awak merasa apa yang dia rasa?
Pernahkan awak cuba untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan.
Berbaloikah dia menangis, di depan awak?
Hanya kerana awak?
Dia menangis bukan kerana dia lemah.
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati.
Dia menangis kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis di dalam hati.
Kesedihan yang di rasainya menjadi semakin berat untuk di simpan.
Cuba ambil masa untuk berfikir.
Jika si dia menangis hanya kerana awak.
Mungkin sudah tiba masanya awak fikir kembali di mana silap awak.
Kerana hanya awak tahu jawapannya.
Fikirkan.
Kerana suatu hari nanti ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal.
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan "maafkan saya"
Kalau seorang perempuan menangis kerana awak, janganlah awak biarkan dia menangis keseorangan.
Beradalah di sisi dia dan menemani dia.
Kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.
Kalau seorang perempuan menangis kerana awak, janganlah awak meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan awak.
Jangan pernah mengungkap rasa cinta awak kepada seorang perempuan selagi awak belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta.
Kerana awak hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara.
Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama.
Tapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya.
Hargailah seorang wanita yang tulus mencintai awak :')
Ikhlas ,
Nur Khairynniesya ✿

No comments:
Post a Comment